Skip to main content

Posts

Twitter

Aku pernah ada akaun Twitter, kemudian aku deactivate, Tanpa aku sedar Twitter dah permanently delete akaun aku. Aku dah buat Twitter baru, tapi aku Ada seketul je follower,Tu pun BFF in closet aku tu si D. Aku usha jugak orang yg aku boleh follow tapi entahlah hati aku ni susah nak approach orang. mungkin faktor usia buat aku jadi macam ni. Dah tak pandai nak express feeling dekat Twitter, aku lebih pandai reserve sekarang ni. Aku Ada fokus aku yg lain, aku Ada aim aku, tapi at the same time, Kadang-kadang aku rasa rindu dekat circle aku yg dulu. Aku cuba juga blogwalking, tapi aku tengok banyak blog-blog yang aku pernah baca ditinggalkan seperti rumah usang, Ada banyak cerita di dalamnya, tetapi pemiliknya sudah mendiamkan diri. Selamat Hari Raya AidilFitri 2019, mood aku masih kelaut sebab bisnes aku tengah down. Aku balik sehari sebelum Raya pun masih sibuk siapkan kerja, dan aku target Raya ke2 aku sambung balik buat kerja. Umur macam ni, buat aku Rasa aku dah banyak ke...
Recent posts

Tips Mengawal Nafsu

To be honest, I did struggle a lot to control my lust. Jadi, apa aku buat adalah, aku sibukkan diri dengan kerja-kerja aku, aku dekatkan diri dengan Allah. Aku jaga solat, aku banyak beristighfar apabila aku terbabas, aku banyak muhasabah diri aku. Sampaikan aku tak rasa yang aku mahukan sex thing lagi. Kadang-kadang aku terbabas tu apabila aku tertengok movie atau yg video yang menjurus ke arah sex, contohnya video orang yg half naked, dan buatkan minda aku berimaginasi yang bukan-bukan, dan seterusnya disebabkan aku ada perasaan ingin tahu, dan juga aku melayan imaginasi aku, itulah yang buatkan aku semakin terbabas. Tapi, apabila sudah lama berjaya mengawal nafsu ni, aku akan cepat rasa berdosa, walaupun aku terbabas tapi aku masih dapat mengawal diri aku. Aku selalu perasan, bila aku buat benda tak elok je, something bad will happen eventually. Contoh macam aku menipu roommate,tiba-tiba kejap lagi pinggan jatuh pecah. Aku bagi contoh yang baik, tapi korang fikir-fikirlah se...

People Like Us (PLU)

Tadi aku dengar talk dari Shahrukkhan, dia buat lawak pasal diri dia yang masa muda Tak pernah tahu erti lesbian gay. Kemudian aku tengok video dari Prof Muhaya, dia kata kesian pada orang PLU ni, sebab struggle dalam life. Kalau semua orang berfikiran mcm Prof Muhaya kan bagus. Tak perlu aku rasa susah sangat perasaan yang ada ni. Btw, lately aku terasa benar nak ada teman baru, orang yg boleh layan perasaan aku, roommate aku cakap aku makin takda perasaan, aku bukan takda perasaan, tapi aku nak luah pada orang yg aku Tak kenal, atau aku nak luah pada orang yang baru aku nak kenal. jangan Tanya kenapa aku rasa macam ni, sebab aku takda jawapan. Aku buat akaun Twitter baru, tapi aku takda mood nak follow orang atau nak bercakap dgn orang lain. Benda-benda ni perlu komitmen masa dan perasaan, untuk berkenalan dengan orang baru. Aku tak rasa nak permainkan hati orang lain lagi. I am too old for that. Btw, blog aku Ni belum Ada follower pun, aku harap one day Ada yg sudi Komen dekat...

Ujian siapa yg lagi berat?

"akak sayang suami akak, tapi akak masih Ada perasaan dekat ex boyfriend akak, susah kan ada di tempat akak. Ujian demi ujian menimpa. Berat pulak tu ujiannya." Inilah kata-kata wanita yg aku kenali, entah kenapa Kali ini dia meluahkan padaku. Aku pula, dalam dia menghuraikan lebih lanjut mengenai perasaan dan masalah dia, aku bermonolog sendiri. 'kak, aku rasa ujian aku lagi berat. Diuji dgn perasaan yg mahu mencintai seorang wanita, mahu adakan hubungan selayaknya sepasang suami isteri.' Akak takkan pernah tahu, betapa aku bertarung melawan perasaan aku sendiri. menidurkan nafsu aku seperti raksasa itu. Sudah setahun aku mengelak drpd terlanjur, sampaikan ada yg mendekati pun aku menolaknya pergi. Aku takut andai aku layan lagi, aku semakin hanyut. Indah, siapa kata keindahan itu tiada? Aku masih membayangkan keindahan yg sama melayari bahtera cinta dan nafsu serakah. Kerap Kali juga aku bermimpi akan kehadiran wanita penggoda, dan kadang-kadang bila ...

Doa

Bukan mudah mahu menahan nafsu ini, tapi aku sentiasa doa pada tuhan untuk bantu aku lawan nafsu sendiri. Bila difikirkan, aku kadang-kadang kagum dgn kekuatan diri aku. Betullah, bila Allah kata, "kun fa ya kun", apa yg dikehendaki akan terjadi. Allah tiupkan Kekuatan aku melawan nafsu aku sendiri, bukan senang mahu menjauhkan diri apabila dosa-dosa itu sedap dilakukan, tapi aku mampu. Aku takut juga bila aku Bercerita di sini, tiba-tiba aku kembali kpd Manusia yg lama. Takut dgn ujian-ujian yg Allah bagi yg buat aku kalah. Aku rasa perubahan ini berjaya dilaksanakan kerana azam aku yg kuat serta aku tidak culas lagi utk solat. Jika dahulu, solat pun main-main sahaja, solat di akhir waktu, solat bila rasa perlukan bantuan tuhan, solat 3 waktu yg aku suka sahaja, sekarang aku rasa perubahan yg banyak sangat bila aku jaga solat. Cuma, solat-solat sunat aku belum perbanyakkan. Aku belum pernah diuji seperti kawanku yg jatuh miskin, yg suaminya hari-hari mahu bunuh diri ke...

Perasaan

Aku rasa, takda kut yg berminat baca blog aku. Blog kan dah ketinggalan zaman, cuma aku je la, yg sendu dekat twitter, yg rasa I'm not belong to twitter and it's community je yg rasa aku wajar teruskan minat menulis aku di sini. Perasaan. Dah hampir setahun aku dalam status kekeliruan. Aku stay dgn orang yg aku mahu dia ada dlm hidup aku sepanjang hayat TETAPI dia dalam hubungan dgn orang lain. Aku hentikan sikap player aku semata nak buktikan dekat dia yg aku dah berubah. Aku tak nak berharap pada orang lain, aku tak nak bina Perasaan aku dekat orang lain, tapi dia kadang2 mencabar aku. Sampaikan aku rasa tidak penting perasan yg aku ada. At least bila aku tidak terganggu dgn Perasaan yg berkecamuk, aku boleh lebih fokus pada pekerjaan aku. Tapi aku kan manusia, kadang2 muncul juga perasaan ingin bercinta, ingin merasa kembali Perasaan berkobar-kobar kerana cinta, Perasaan berahi bila partner di depan mata. Crush. Aku ada crush dekat someone dalam twitter. Aku suka perib...

Madu

Setelah seorang lagi sepupu menjadi isteri nombor dua, aku terfikir apa kelebihannya dimadukan. Ini bukan satu berita yg menggembirakan pun, tambah pula sepupu aku itu berkahwin di Siam dan merahsiakan berita ini termasuk kpd ibunya selama lebih drpd setahun. Lebih lagi kasihan, bila aku terfikir bini pertama. Apa perasaan dia andai dia tahu hakikat dimadukan? mungkin hancur hatinya bila mengenangkan segala pengorbanan dia dibalas dgn madu yg dinikmati suami sahaja. Dan, sepupu² aku yg jadi isteri nombor dua, masih muda, seorang 29 tahun, ada peminat lain, ada kerjaya, ada rupa, ada pesona, dan seorang lagi, pada umur 22 tahun, masih jauh perjalanan, masih banyak peluang di hadapan, kenapa mereka memilih lelaki yg tuanya hampir 20 tahun dan lebih tragis, suami orang sebagai suami mereka. Apa sebenarnya yg mereka fikirkan? Aku, andai aku straight, aku rasa, aku lebih rela sendirian drpd dimadukan. Dan satu lagi isu, lelaki-lelaki di luar sana, susah sangat ke nak pakai seluar pe...