Skip to main content

People Like Us (PLU)

Tadi aku dengar talk dari Shahrukkhan, dia buat lawak pasal diri dia yang masa muda Tak pernah tahu erti lesbian gay. Kemudian aku tengok video dari Prof Muhaya, dia kata kesian pada orang PLU ni, sebab struggle dalam life. Kalau semua orang berfikiran mcm Prof Muhaya kan bagus. Tak perlu aku rasa susah sangat perasaan yang ada ni.

Btw, lately aku terasa benar nak ada teman baru, orang yg boleh layan perasaan aku, roommate aku cakap aku makin takda perasaan, aku bukan takda perasaan, tapi aku nak luah pada orang yg aku Tak kenal, atau aku nak luah pada orang yang baru aku nak kenal. jangan Tanya kenapa aku rasa macam ni, sebab aku takda jawapan.

Aku buat akaun Twitter baru, tapi aku takda mood nak follow orang atau nak bercakap dgn orang lain. Benda-benda ni perlu komitmen masa dan perasaan, untuk berkenalan dengan orang baru. Aku tak rasa nak permainkan hati orang lain lagi. I am too old for that.

Btw, blog aku Ni belum Ada follower pun, aku harap one day Ada yg sudi Komen dekat sini.

Comments

Popular posts from this blog

Twitter

Aku pernah ada akaun Twitter, kemudian aku deactivate, Tanpa aku sedar Twitter dah permanently delete akaun aku. Aku dah buat Twitter baru, tapi aku Ada seketul je follower,Tu pun BFF in closet aku tu si D. Aku usha jugak orang yg aku boleh follow tapi entahlah hati aku ni susah nak approach orang. mungkin faktor usia buat aku jadi macam ni. Dah tak pandai nak express feeling dekat Twitter, aku lebih pandai reserve sekarang ni. Aku Ada fokus aku yg lain, aku Ada aim aku, tapi at the same time, Kadang-kadang aku rasa rindu dekat circle aku yg dulu. Aku cuba juga blogwalking, tapi aku tengok banyak blog-blog yang aku pernah baca ditinggalkan seperti rumah usang, Ada banyak cerita di dalamnya, tetapi pemiliknya sudah mendiamkan diri. Selamat Hari Raya AidilFitri 2019, mood aku masih kelaut sebab bisnes aku tengah down. Aku balik sehari sebelum Raya pun masih sibuk siapkan kerja, dan aku target Raya ke2 aku sambung balik buat kerja. Umur macam ni, buat aku Rasa aku dah banyak ke...

Kudrat

Laila, dalam masa dua hari cuti, begitu banyak masa digunakan untuk membantu aku. Pekerjaan merenovasi rumah bukan satu kerja yg senang, memerlukan kudrat yg kuat. Kudrat seperti seorang lelaki lah dlm kata mudah. Tebak drill untuk menebuk lubang, memakan kudrat yg banyak. Ukuran yg tepat sebelum menebuk lubang juga memerlukan fokus yg tinggi. Ada masa juga, setelah seharian aku buat kerja buruh kasar ini, malamnya, pukul 11.30, aku jadi mental breakdown sehingga untuk menembak skru pun aku rasa tak mampu, ini semua kerana mengejar duedate. Sudahla laila sampai lewat di tempat kami malam jumaat itu, esoknya, sabtu, beliau bantu aku dlm kerja itu. Ahad pula, kawan² sebusuk sebantal datang menziarahi tempat kami. Pasti tak menang tangan dgn semua hal yg perlu dikejar. Aku tengok sahaja pun sudah merasa penat. Beliau balik dgn beg besar yg berat, aku tanya apa kandungan beg beliau. Nampak beriya benar. Rupanya dia bawak balik dokumen² di pejabatnya, katanya untuk dia habiskan kerja it...

4# Bosan

Harini,terasa seperti aku orang bisu. Laila pergi keluar berlibur dgn kekasih barunya, Lara pulang ke rumah ibubapanya. Aku yg tidak betah sendiri, terasa sunyi sekali. Lara bila setibanya dia di rumahnya, dia seolah tidak punya tanggungjawab terhadap aku. Dia lupa dia punya tanggungjawab sebagai isteri kpd aku. Mungkin, barangkali, lebih tepat boleh dikatakan, dia lupa kewujudan aku. Hanya mesej yg kadang² baru seketul dua singgah di paparan telefonku, itupun, setelah aku balas, lama harus aku menunggu utk dia reply kembali. Aku hanya memiliki dia di kamarnya, di tempat peraduannya, tidak sekali dia membawa aku masuk dalam keluarganya.      Lara aku cuba utk setia. Dan kesetiaan aku ini biasanya dibelai dgn perasaan yg tidak bosan. Andai aku bosan, aku boleh mencorak segalanya, mengikut kehendak aku sendiri..