Setelah seorang lagi sepupu menjadi isteri nombor dua, aku terfikir apa kelebihannya dimadukan. Ini bukan satu berita yg menggembirakan pun, tambah pula sepupu aku itu berkahwin di Siam dan merahsiakan berita ini termasuk kpd ibunya selama lebih drpd setahun.
Lebih lagi kasihan, bila aku terfikir bini pertama. Apa perasaan dia andai dia tahu hakikat dimadukan? mungkin hancur hatinya bila mengenangkan segala pengorbanan dia dibalas dgn madu yg dinikmati suami sahaja.
Dan, sepupu² aku yg jadi isteri nombor dua, masih muda, seorang 29 tahun, ada peminat lain, ada kerjaya, ada rupa, ada pesona, dan seorang lagi, pada umur 22 tahun, masih jauh perjalanan, masih banyak peluang di hadapan, kenapa mereka memilih lelaki yg tuanya hampir 20 tahun dan lebih tragis, suami orang sebagai suami mereka. Apa sebenarnya yg mereka fikirkan?
Aku, andai aku straight, aku rasa, aku lebih rela sendirian drpd dimadukan.
Dan satu lagi isu, lelaki-lelaki di luar sana, susah sangat ke nak pakai seluar pendek yg di bawah paras lutut? Aurat lelaki yg sikit tu pun tak mampu nak tutup, ada hati dok komplen pasal aurat wanita.

Comments
Post a Comment