Skip to main content

Tips Mengawal Nafsu

To be honest, I did struggle a lot to control my lust.

Jadi, apa aku buat adalah, aku sibukkan diri dengan kerja-kerja aku, aku dekatkan diri dengan Allah. Aku jaga solat, aku banyak beristighfar apabila aku terbabas, aku banyak muhasabah diri aku. Sampaikan aku tak rasa yang aku mahukan sex thing lagi.

Kadang-kadang aku terbabas tu apabila aku tertengok movie atau yg video yang menjurus ke arah sex, contohnya video orang yg half naked, dan buatkan minda aku berimaginasi yang bukan-bukan, dan seterusnya disebabkan aku ada perasaan ingin tahu, dan juga aku melayan imaginasi aku, itulah yang buatkan aku semakin terbabas.

Tapi, apabila sudah lama berjaya mengawal nafsu ni, aku akan cepat rasa berdosa, walaupun aku terbabas tapi aku masih dapat mengawal diri aku.

Aku selalu perasan, bila aku buat benda tak elok je, something bad will happen eventually. Contoh macam aku menipu roommate,tiba-tiba kejap lagi pinggan jatuh pecah. Aku bagi contoh yang baik, tapi korang fikir-fikirlah sendiri.

Jadi, Allah itu Maha Pendengar, aku merintih supaya Allah permudahkan ujian untuk aku, dan juga ujian roommate. Melawan nafsu sesama jenis ini bukan mudah. Pedih rasa hati. Dan lama-lama aku rasa nafsu aku berjaya ditidurkan. Hoyeahhh

Comments

Popular posts from this blog

Twitter

Aku pernah ada akaun Twitter, kemudian aku deactivate, Tanpa aku sedar Twitter dah permanently delete akaun aku. Aku dah buat Twitter baru, tapi aku Ada seketul je follower,Tu pun BFF in closet aku tu si D. Aku usha jugak orang yg aku boleh follow tapi entahlah hati aku ni susah nak approach orang. mungkin faktor usia buat aku jadi macam ni. Dah tak pandai nak express feeling dekat Twitter, aku lebih pandai reserve sekarang ni. Aku Ada fokus aku yg lain, aku Ada aim aku, tapi at the same time, Kadang-kadang aku rasa rindu dekat circle aku yg dulu. Aku cuba juga blogwalking, tapi aku tengok banyak blog-blog yang aku pernah baca ditinggalkan seperti rumah usang, Ada banyak cerita di dalamnya, tetapi pemiliknya sudah mendiamkan diri. Selamat Hari Raya AidilFitri 2019, mood aku masih kelaut sebab bisnes aku tengah down. Aku balik sehari sebelum Raya pun masih sibuk siapkan kerja, dan aku target Raya ke2 aku sambung balik buat kerja. Umur macam ni, buat aku Rasa aku dah banyak ke...

Kudrat

Laila, dalam masa dua hari cuti, begitu banyak masa digunakan untuk membantu aku. Pekerjaan merenovasi rumah bukan satu kerja yg senang, memerlukan kudrat yg kuat. Kudrat seperti seorang lelaki lah dlm kata mudah. Tebak drill untuk menebuk lubang, memakan kudrat yg banyak. Ukuran yg tepat sebelum menebuk lubang juga memerlukan fokus yg tinggi. Ada masa juga, setelah seharian aku buat kerja buruh kasar ini, malamnya, pukul 11.30, aku jadi mental breakdown sehingga untuk menembak skru pun aku rasa tak mampu, ini semua kerana mengejar duedate. Sudahla laila sampai lewat di tempat kami malam jumaat itu, esoknya, sabtu, beliau bantu aku dlm kerja itu. Ahad pula, kawan² sebusuk sebantal datang menziarahi tempat kami. Pasti tak menang tangan dgn semua hal yg perlu dikejar. Aku tengok sahaja pun sudah merasa penat. Beliau balik dgn beg besar yg berat, aku tanya apa kandungan beg beliau. Nampak beriya benar. Rupanya dia bawak balik dokumen² di pejabatnya, katanya untuk dia habiskan kerja it...

4# Bosan

Harini,terasa seperti aku orang bisu. Laila pergi keluar berlibur dgn kekasih barunya, Lara pulang ke rumah ibubapanya. Aku yg tidak betah sendiri, terasa sunyi sekali. Lara bila setibanya dia di rumahnya, dia seolah tidak punya tanggungjawab terhadap aku. Dia lupa dia punya tanggungjawab sebagai isteri kpd aku. Mungkin, barangkali, lebih tepat boleh dikatakan, dia lupa kewujudan aku. Hanya mesej yg kadang² baru seketul dua singgah di paparan telefonku, itupun, setelah aku balas, lama harus aku menunggu utk dia reply kembali. Aku hanya memiliki dia di kamarnya, di tempat peraduannya, tidak sekali dia membawa aku masuk dalam keluarganya.      Lara aku cuba utk setia. Dan kesetiaan aku ini biasanya dibelai dgn perasaan yg tidak bosan. Andai aku bosan, aku boleh mencorak segalanya, mengikut kehendak aku sendiri..