"akak sayang suami akak, tapi akak masih Ada perasaan dekat ex boyfriend akak, susah kan ada di tempat akak. Ujian demi ujian menimpa. Berat pulak tu ujiannya."
Inilah kata-kata wanita yg aku kenali, entah kenapa Kali ini dia meluahkan padaku. Aku pula, dalam dia menghuraikan lebih lanjut mengenai perasaan dan masalah dia, aku bermonolog sendiri.
'kak, aku rasa ujian aku lagi berat. Diuji dgn perasaan yg mahu mencintai seorang wanita, mahu adakan hubungan selayaknya sepasang suami isteri.'
Akak takkan pernah tahu, betapa aku bertarung melawan perasaan aku sendiri. menidurkan nafsu aku seperti raksasa itu. Sudah setahun aku mengelak drpd terlanjur, sampaikan ada yg mendekati pun aku menolaknya pergi.
Aku takut andai aku layan lagi, aku semakin hanyut. Indah, siapa kata keindahan itu tiada? Aku masih membayangkan keindahan yg sama melayari bahtera cinta dan nafsu serakah. Kerap Kali juga aku bermimpi akan kehadiran wanita penggoda, dan kadang-kadang bila aku melayan perasaan itu, aku tahu adrelina aku naik mendadak.
Dan kerap kali juga aku berimpian mempunyai zuriatku, tapi dgn wanita lain yg melahirkan mereka. Aku tahu itu mustahil, tapi bukankah mimpi itu percuma?
Aku sendiri juga yg menanggung dugaan berat ini sejak dari kecil. Dan aku tidak tahu cara untuk mengubah yg selama ini aku rasa.
Comments
Post a Comment