Skip to main content

Doa

Bukan mudah mahu menahan nafsu ini, tapi aku sentiasa doa pada tuhan untuk bantu aku lawan nafsu sendiri. Bila difikirkan, aku kadang-kadang kagum dgn kekuatan diri aku. Betullah, bila Allah kata, "kun fa ya kun", apa yg dikehendaki akan terjadi.

Allah tiupkan Kekuatan aku melawan nafsu aku sendiri, bukan senang mahu menjauhkan diri apabila dosa-dosa itu sedap dilakukan, tapi aku mampu. Aku takut juga bila aku Bercerita di sini, tiba-tiba aku kembali kpd Manusia yg lama. Takut dgn ujian-ujian yg Allah bagi yg buat aku kalah.

Aku rasa perubahan ini berjaya dilaksanakan kerana azam aku yg kuat serta aku tidak culas lagi utk solat. Jika dahulu, solat pun main-main sahaja, solat di akhir waktu, solat bila rasa perlukan bantuan tuhan, solat 3 waktu yg aku suka sahaja, sekarang aku rasa perubahan yg banyak sangat bila aku jaga solat. Cuma, solat-solat sunat aku belum perbanyakkan.

Aku belum pernah diuji seperti kawanku yg jatuh miskin, yg suaminya hari-hari mahu bunuh diri kerana depress, dan dia bangun solat tahajud setiap malam walaupun tidurnya pukul 1 pagi dan kena bangun kembali pukul 4 pagi. Dia buat aku kagum dgn caranya menangani masalah, lagi dia diuji, lagi dekat dia dgn Allah.

Hubungan aku dgn roommate pun semakin baik. Kami jadi kawan yg baik, rakan serumah yg baik, yg saling memahami. Aku mahu dia ada dalam seumur hidup aku. Dan aku harap dia pun begitu. Tapi meletakkan harapan pada manusia akan mengundang sakit. Jadi pengharapan ini aku tujukan pada tuhanku, semoga kami istiqamah menentang maksiat yg kami pernah buat sebelum-sebelum ini.

 Jadikan kami mencintai satu sama lain keranaMu Ya Allah. Jadikan kami manusia yg sangat-sangat memberi manfaat kepada orang lain dan tidak mengharapkan pengiktirafan drpd orang lain. Amin ya Rabbal al amin

Comments

Popular posts from this blog

Twitter

Aku pernah ada akaun Twitter, kemudian aku deactivate, Tanpa aku sedar Twitter dah permanently delete akaun aku. Aku dah buat Twitter baru, tapi aku Ada seketul je follower,Tu pun BFF in closet aku tu si D. Aku usha jugak orang yg aku boleh follow tapi entahlah hati aku ni susah nak approach orang. mungkin faktor usia buat aku jadi macam ni. Dah tak pandai nak express feeling dekat Twitter, aku lebih pandai reserve sekarang ni. Aku Ada fokus aku yg lain, aku Ada aim aku, tapi at the same time, Kadang-kadang aku rasa rindu dekat circle aku yg dulu. Aku cuba juga blogwalking, tapi aku tengok banyak blog-blog yang aku pernah baca ditinggalkan seperti rumah usang, Ada banyak cerita di dalamnya, tetapi pemiliknya sudah mendiamkan diri. Selamat Hari Raya AidilFitri 2019, mood aku masih kelaut sebab bisnes aku tengah down. Aku balik sehari sebelum Raya pun masih sibuk siapkan kerja, dan aku target Raya ke2 aku sambung balik buat kerja. Umur macam ni, buat aku Rasa aku dah banyak ke...

Kudrat

Laila, dalam masa dua hari cuti, begitu banyak masa digunakan untuk membantu aku. Pekerjaan merenovasi rumah bukan satu kerja yg senang, memerlukan kudrat yg kuat. Kudrat seperti seorang lelaki lah dlm kata mudah. Tebak drill untuk menebuk lubang, memakan kudrat yg banyak. Ukuran yg tepat sebelum menebuk lubang juga memerlukan fokus yg tinggi. Ada masa juga, setelah seharian aku buat kerja buruh kasar ini, malamnya, pukul 11.30, aku jadi mental breakdown sehingga untuk menembak skru pun aku rasa tak mampu, ini semua kerana mengejar duedate. Sudahla laila sampai lewat di tempat kami malam jumaat itu, esoknya, sabtu, beliau bantu aku dlm kerja itu. Ahad pula, kawan² sebusuk sebantal datang menziarahi tempat kami. Pasti tak menang tangan dgn semua hal yg perlu dikejar. Aku tengok sahaja pun sudah merasa penat. Beliau balik dgn beg besar yg berat, aku tanya apa kandungan beg beliau. Nampak beriya benar. Rupanya dia bawak balik dokumen² di pejabatnya, katanya untuk dia habiskan kerja it...

4# Bosan

Harini,terasa seperti aku orang bisu. Laila pergi keluar berlibur dgn kekasih barunya, Lara pulang ke rumah ibubapanya. Aku yg tidak betah sendiri, terasa sunyi sekali. Lara bila setibanya dia di rumahnya, dia seolah tidak punya tanggungjawab terhadap aku. Dia lupa dia punya tanggungjawab sebagai isteri kpd aku. Mungkin, barangkali, lebih tepat boleh dikatakan, dia lupa kewujudan aku. Hanya mesej yg kadang² baru seketul dua singgah di paparan telefonku, itupun, setelah aku balas, lama harus aku menunggu utk dia reply kembali. Aku hanya memiliki dia di kamarnya, di tempat peraduannya, tidak sekali dia membawa aku masuk dalam keluarganya.      Lara aku cuba utk setia. Dan kesetiaan aku ini biasanya dibelai dgn perasaan yg tidak bosan. Andai aku bosan, aku boleh mencorak segalanya, mengikut kehendak aku sendiri..