Bukan mudah mahu menahan nafsu ini, tapi aku sentiasa doa pada tuhan untuk bantu aku lawan nafsu sendiri. Bila difikirkan, aku kadang-kadang kagum dgn kekuatan diri aku. Betullah, bila Allah kata, "kun fa ya kun", apa yg dikehendaki akan terjadi. Allah tiupkan Kekuatan aku melawan nafsu aku sendiri, bukan senang mahu menjauhkan diri apabila dosa-dosa itu sedap dilakukan, tapi aku mampu. Aku takut juga bila aku Bercerita di sini, tiba-tiba aku kembali kpd Manusia yg lama. Takut dgn ujian-ujian yg Allah bagi yg buat aku kalah. Aku rasa perubahan ini berjaya dilaksanakan kerana azam aku yg kuat serta aku tidak culas lagi utk solat. Jika dahulu, solat pun main-main sahaja, solat di akhir waktu, solat bila rasa perlukan bantuan tuhan, solat 3 waktu yg aku suka sahaja, sekarang aku rasa perubahan yg banyak sangat bila aku jaga solat. Cuma, solat-solat sunat aku belum perbanyakkan. Aku belum pernah diuji seperti kawanku yg jatuh miskin, yg suaminya hari-hari mahu bunuh diri ke...