Hari ini hari yang ketiga kubiar kau pergi bersama kekasih mu, hari ketiga juga aku memutuskan contact denganmu, Hari ketiga aku menghalaumu, Hari ketiga di mana hari-hariku tidak seperti dahulu, Hari ketiga di mana penulisan-penulisanku semua bitter sahaja, Hari ketiga yang aku bangun pagi, dan kau tiada tidur di sebelahku, Hari ketiga yang kau tiada untuk kejutkan aku suboh, Hari ketiga yang tiada kelibatmu berebut tandas denganku, Hari ketiga yang di meja makan itu kosong tanpa ada orang yang breakfast dgn cereal sahaja, Hari ketiga tanpa ada bluetick whatsapp dalam group kita. Adakah kau rasa mudah untuk aku berbuat keputusan yang begini?