Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2017

kecewa

Bila aku membaca entry aku sendiri yg dahulu², aku sedar betapa angkuhnya aku dalam penulisanku. Aku tersenyum sinis kepada diri sendiri, betapa aku sedar bahawa ego pernah merajai diri aku. Kata² aku ibarat aku ini kebal di muka bumi ini. Kebal dgn kesakitan, kebal dgn rasa bersalah. Kepada yg membaca, kamu berhak menilai saya dgn sesuka hati kamu. Tapi kenangan, adalah satu sejarah bagi saya. Dengan penulisan saya dapat melihat kekhilafan diri saya sendiri..

Aku Dibuli

Sedang mencari mood untuk memulakan kerja, aku membelek senarai friend request di Facebook, kemudian aku menghela nafas panjang. Masih ada rasa terkilan yg tak pernah padam dalam memori aku, yg aku sudah tanam dalam² gambaran kenangan pahit yg lalu. Mereka yg request itu, ada segelintirnya, terdiri daripada orang-orang yg pernah membuli aku dahulu. Ada juga segelintir lagi yg menerima tempias daripada pembuli itu, yg buatkan aku menilai mereka sama shj dgn pembuli itu walaupun mereka tidak pernah membuli aku. Ya, mereka tidak membuli secara nyata, melalui perkataan atau perlakuan fizikal, namun tindakan dan pandangan mereka yg jijik terhadap aku dan juga tidak pernah cuba mempertahankan aku daripada dibuli buatkan aku makan dalam. Mereka mengaku kawan tapi tidak berakhlak sebagai seorang kawan bagi aku. Tapi, yeke mereka anggap aku kawan? Atau mereka anggap aku sampah sebenarnya? Sakit aku ini tak akan pernah pudar. Mereka buatkan aku hilang memori indah di zaman remaja. Mereka hamp...