Bila perasaan sendirian ini semakin mencengkam, aku rasa aku perlu buat sesuatu. Aku perlu cipta sesuatu utk memecah kesunyian ini. Supaya apabila Laila tiada di sisi, aku ralit dengan aktiviti yg aku rancangkan. Mungkin belum masanya aku punya anak, kerana daripada segi kewangan, aku jauh ketinggalan. Aku mahu punya segala yg menyenangkan dulu ketika aku mendukung dan mendakap seorang bayi. Laila pun belum bersedia juga aku rasa. Kerana dia sendiri tidak mengiyakan atau menolak saat aku utarakan soal anak. Kerja aku juga jadi tidak konsisten kebelakangan ini. Perasaan mahu menjadi kaya membuak-buak, cuma aku belum ketemu idea perniagaan yg sesuai dgn jiwa aku. Pelbagai idea perniagaan yg aku rencanakan di kertas, tapi belum menguatkan aku untuk memulakan langkah baru. Lagi 7 bulan akan melangkah ke dunia 3 series buatkan aku jadi anxious tentang apa yg aku perlu lakukan dalam hidup aku. Laila seperti biasa, menjadi pengikut yg setia di belakangku, mengikut jejakku yg dia rasa ma...