Skip to main content

Posts

Showing posts from 2016

4# Bosan

Harini,terasa seperti aku orang bisu. Laila pergi keluar berlibur dgn kekasih barunya, Lara pulang ke rumah ibubapanya. Aku yg tidak betah sendiri, terasa sunyi sekali. Lara bila setibanya dia di rumahnya, dia seolah tidak punya tanggungjawab terhadap aku. Dia lupa dia punya tanggungjawab sebagai isteri kpd aku. Mungkin, barangkali, lebih tepat boleh dikatakan, dia lupa kewujudan aku. Hanya mesej yg kadang² baru seketul dua singgah di paparan telefonku, itupun, setelah aku balas, lama harus aku menunggu utk dia reply kembali. Aku hanya memiliki dia di kamarnya, di tempat peraduannya, tidak sekali dia membawa aku masuk dalam keluarganya.      Lara aku cuba utk setia. Dan kesetiaan aku ini biasanya dibelai dgn perasaan yg tidak bosan. Andai aku bosan, aku boleh mencorak segalanya, mengikut kehendak aku sendiri..

3# Teguran dan Nama

Harini aku ditegur oleh cik lara, kerana pada waktu malam masih bekerja. Yes, cik lara, kanda mu ini memang pekerjaaannya tidak tentu masa. Adakala kanda begitu lapang,saat itulah kanda bergegas berjumpa dinda, adakalanya kanda sibuk, saat itulah dinda melihat kanda di pejabat setiap masa. Kanda perlu lebih fokus dalam kerjaya, kanda ingin bina kehidupan yg bahagia. ****************************************** Aku juga telah memilih nama jenama yg baru, yg seakan "daerah kita". Aku memilih nama itu sempena urusan perniagaan aku bersama Laila. Jauh di sudut hati, aku mahu laila kekal lama dgn ku, walaupun kami tidak punya apa-apa. Sudah sampai masa, aku membalas budi baik Laila terhadap diriku. Dia berhak ke atas hartaku, sementelah dia lah orang yg telah lama berjuang dgn ku. Laila orang pertama yg akan menghulurkan tangan saat aku susah. Sampaikan, setiap kali aku ditimpa musibah, aku mengharapkan Laila yg berasa di sisi, kerana Laila lebih memahami apa yg aku alami. Adaka...

Laila & Dating

Hari ini dlm sejarah, aku biarkan laila berlalu pergi. Dia keluar semalaman, tidak sepatah pun aku mesej mahupun telefon untuk tahu apakah keadaan dia sekarang, di mana dia sekarang. Yg aku pasti, dia keluar dgn kekasihnya yg baru. Ini merupakan pencapaian baru bagiku. Aku yg dulu, bagai nak gila menanti kehadiran laila, text dan kol setiap masa, berjaya mengubah perlakuanku. Semua ini terjadi selari dgn perilaku laila terhadapku. Laila.. aku harap kau gembira. Akan tiba satu masa nanti,kita akan berpisah selamanya. ****************************************** Berbalik kpd dunia bisnes ku, aku rasa lega sedikit setelah membuat sedikit amal jariah dan sedekah. Betul lah,tragedi² yg terjadi bulan lepas adalah berpunca drpd aku yg leka dan banyak berbuat dosa. Dan aku berharap, dgn sedekah yg aku lakukan, dapat menyucikan perniagaan aku ini. Berkat dan redho drpd Tuhan itu lebih aku perlukan, drpd tangan aku menggapai kekayaan tanpa ada rahmatNya. Laila dgn aku, kami masing² harus...

1# Pembuka Bicara

Telah lama aku mendiamkan diri. Takut laila sedari lagi seperti nukilan aku yg sebelum ini yg telah memakan diri. Lalu aku kembali lagi, untuk meluah rasa di hati. Aku mencintai dunia penulisan, dan aku harus melangkah lebih besar, menulis dgn lebih berani agar segala isi hati dihamburkan dgn sekuat hati. Dalam halaman kali ini, aku mengumpul kekuatan untuk menulis, agar senang, biar segala rasa, gembira mahupun duka yg tidak timbul di memori, dapat aku baca nanti. Masih dgn aktor yg sama, aku arjuni, laila yg dahulunya kekasih aku,tetapi kini telah menjadi bekas kekasih aku, masih ada di sisi menemani aku setiap hari. Membantu aku sebagai sahabat,tetapi kami masih menaruh rasa yg sama. Laila telah aku putuskan hubungan sbg kekasihku pada bulan march 2016, setelah sekian lama kami cuba memulihkan rasa cinta di hati, namun, gagal.. Kemudian, aku telah jatuh hati dgn cik lara, pada march 2016 aku melamarnya utk mengisi ruang hati. Dia menyambut cintaku dgn ragu² pada mulanya, namun...